Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Mat motor berlumba terkulai atas jalan, netizen lagi kasihankan ‘owner’ kereta


Mat motor berlumba terkulai atas jalan, netizen lagi kasihankan ‘owner’ kereta



Jalan raya merupakan satu lokasi yang sangat bahaya dan bukan tempat untuk bermain-main ataupun menunjukkan kehebatan.


Jika tersilap langkah, boleh saja berlaku kemalangan yang tidak diingini termasuklah kehilangan nyawa.


Namun, ada juga yang masih tidak serik dan tetap melakukan perkara kurang bijak seperti berlumba tanpa memikirkan risiko serta beberapa kejadian yang pernah berlaku sebelum ini.


Mat motor tunjuk handal


Menerusi perkongsian rakaman dashcam kenderaan yang dikongsikan semula oleh pengguna Twitter dikenali sebagai @nanmanjoi8715, dia telah memuat naik video terbabit yang memperlihatkan beberapa penunggang motosikal sedang mencelah di antara kenderaan-kenderaan lain di lebuh raya.


Siap buat aksi superman sebelum kena gilis member sendiri


Dalam video tersebut, mereka dipercayai membawa motosikal dalam keadaan laju serta membuat aksi ‘superman’ sehingga salah seorang daripada mereka melanggar belakang kereta.


Apa yang membuatkan ramai ‘seram’ adalah rakan kepada mangsa yang terjatuh telah melanggarnya dan dia terkulai di tengah-tengah jalan raya.


Perkara itu dikongsikan juga di laman Facebook Dashcam Owners Malaysia dan mendapat pelbagai respon daripada netizen.



“Nanti pemandu kereta pula kena saman dengan family rempit”


Menjengah ke ruangan komen, ramai yang lebih simpati terhadap pemilik kenderaan yang dilanggar oleh mereka berbanding kemalangan melibatkan mat-mat motor tersebut.


Mereka juga merasakan  tindakan geng motor melakukan aksi superman itu sangat berbahaya dan pastinya merugikan banyak pihak.


 

Mahal woi nak repair body kereta

Tak pasal owner kereta kena tanggung rugi

Kesian kereta insurans motor dahla kecil

Nanti geng2 mereka tetap salahkan kereta

Kesian dekat orang yang ikut peraturan tapi jadi mangsa

Walau bagaimanapun, lokasi dan waktu asal kejadian tersebut tidak dapat dipastikan dan video dashcam tersebut tular di media sosial sejak semalam.


Kondisi mangsa yang kemalangan juga tidak dapat diketahui lagi namun semoga semua yang terlibat di dalam kejadian berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Sumber: Twitter @nanmanjoi8715, Facebook Dashcam Owner Malaysia

Post a Comment for "Mat motor berlumba terkulai atas jalan, netizen lagi kasihankan ‘owner’ kereta"