Peniaga yang mengelak daripada mengiystiharkan cukai pendapatan bukanlah satu perkara yang baharu. Apa yang lebih mengecewakan, golongan tersebut bertindak sedemikian kerana mahu berselindung disebalik kategori berpendapatan rendah dalam kalangan masyarakat sekeliling sedangkan ia berbeza dengan kehidupan yang sebenar.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna @Ahmad Altajuddin di laman Facebooknya, dia meluahkan rasa kesal kerana terdapat peniaga nasi lemak tepi jalan mampu memiliki sebuah kereta mewah, Toyota Vellfire.


“Dia kata walaupun berniaga nasi lemak tepi jalan, kerja 7 pagi sampai 11 pagi saja tapi pendapatan bulanan dia cecah RM11,000.
“Sudah dua kali belanja mak pi umrah. Setakat gaji pegawai bank tu katanya, banyak lagi pendapatan bulanan dia. Tapi tak nak declare income tax,” ujarnya.

Tambah lelaki itu lagi, sikap angkuh peniaga tersebut terserlah apabila mereka memaklumkan mampu membeli kereta Myvi secara tunai tanpa perlu membuat pinjaman loan daripada pihak bank.


Bagaimanapun, segalanya berubah apabila mereka menerima surat penalti daripada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) disebabkan tidak membayar cukai selama lima tahun membuka perniagaan.


Jelasnya lagi, mereka sepatutnya adalah golongan T20 apabila dihitungkan semula pendapatan mereka sepanjang berniaga kerana mampu untuk memakai kereta berjenama mewah, tidak seperti peniaga yang lain.



Bukan itu sahaja, lelaki itu turut mendedahkan peniaga tersebut merupakan golongan yang menerima bantuan BR1M, zakat, bantuan peniaga malah bantuan kerajaan negeri.