Pura2 peramah, rupanya tangan warga emas ‘merayap’ bila sembang dengan kanak2
Pura2 peramah, rupanya tangan warga emas ‘merayap’ bila sembang dengan kanak2
Tular akan beberapa keping foto memaparkan seorang warga emas dikatakan bertindak ‘mencabuli’ seorang kanak-kanak perempuan dipercayai berlaku di Pulau Pinang.
Menerusi foto yang dimuat naik oleh pengguna Facebook dikenali sebagai C.Y.Chin ini memberi peringatan kepada ibu bapa agar berhati-hati dengan warga emas berkenaan.
Menurut C.Y.Chin, lelaki tersebut akan mencari kanak-kanak yang duduk bersendirian dan pura-pura berbual dengan mangsa sebelum mengambil kesempatan terhadap dirinya.
“Pura-pura sembang dekat anak u, tangan dia akan pura-pura sayang dekat u. Buat rambut, pegang tangan atau sentuh badan anak-anak.
“Saya nampak lelaki orang tua ini sentuh breast dan kemaluan anak ini,” tulisnya di perkongsian tersebut.
Dalam foto tersebut, dapat dilihat tangan warga emas berkenaan berada di bahu serta bahagian alat sulit kanak-kanak perempuan itu.
C.Y.Chin juga memaklumkan kanak-kanak yang menjadi mangsa itu terlihat takut dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Lari lepas ditegur.
Difahamkan, selepas mengambil gambar kejadian itu, wanita ini juga telah bertindak menegur perbuat warga emas berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geram melihat tindakan warga emas itu. Malah, mereka juga berharap agar ada pihak yang membuat laporan berikutan kes berkenaan.
Buat report tak?
Tak padan tua
Elok bagi rasa sedas dua
SUMBER:
FB (Seberang Jaya/Seberang Perai Via C.Y.Chin)
FB (Penang Kini)
Post a Comment for "Pura2 peramah, rupanya tangan warga emas ‘merayap’ bila sembang dengan kanak2"