Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tahniah. Sekitar Majlis Akad Nikah Artis Sylfa Melvin Dan Pemain Bola Terkenal Safawi Rasid

Tahniah. Sekitar Majlis Akad Nikah Artis Sylfa Melvin Dan Pemain Bola Terkenal Safawi Rasid



Kuala Lumpur – Hanya dengan paparan Bismillahirrahmanirrahim sudah cukup menceritakan situasi bi.ntang Johor Darul Takzim Safawi Rasid yang bakal melangkah ke alam baharu dengan menamatkan zaman bujangnya bersama pelakon, Nur Syifa Athirah atau Syifa Melvin.


Walaupun cuba dis.orok dan tidak digembar gemburkan kepada orang ramai namun s.pekulasi perkahwinan membabitkan dua mempelai itu sudah dapat dihidu termasuklah membabitkan majlis mereka yang akan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya pada hari ini.


Selain itu, turut tersebar ialah kad undangan resepsi perkahwinan mereka.

Berdasarkan kad undangan tersebut, pasangan sama cantik sama pada itu akan diraikan di Dewan Aspirasi, Universiti Teknologi Mara Dungun, Terengganu pada 3 Disember 2022.


Menerusi Instagram safawirasid29, dia memuat naik foto tulisan bismillahirrahmanirrahim pada pagi tadi seolah memberi gambaran ada sesuatu yang berlaku pada hari ini.


Foto itu kemudian mendapat balasan komen l.ove daripada Syifa sebelum ruangan interaksi itu dihujani dengan ucapan tahniah dan doa-doa daripada peminat masing-masing.

Hanya Tetamu Jemputan


Kira-kira 300 tetamu hadir pada majlis perkahwinan sebelah perempuan itu dengan mereka berpakaian putih mengikut tema yang ditetapkan.


Seorang ahli keluarga pengantin lelaki yang ditemui memberitahu, sememangnya majlis pada malam ini tidak mahu dih.ebohkan atas permintaan kedua-dua pasangan itu.


“Memang malam ini hanya menjemput tetamu tertentu saja. Mungkin sebelah lelaki nanti akan dih.ebahkan dan menjemput tetamu lebih ramai,” katanya.

Terdahulu, pada aksi final Piala Malaysia Sabtu lalu, tonggak JDT itu h.ilang daripada senarai pemain pasukan dipercayai sibuk melakukan persiapan untuk majlis perkahwinannya.


Kredit : HM/IG

Post a Comment for "Tahniah. Sekitar Majlis Akad Nikah Artis Sylfa Melvin Dan Pemain Bola Terkenal Safawi Rasid"