Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Warga emas sakit strok ‘diheret’ masuk bank, pegawai bertugas tak mahu keluar! 2 jam kena ‘sidai’ nak tukar kad ATM

Seorang lelaki warga emas terpaksa diangkat dan dibawa masuk ke bank untuk berurusan.


KECOH di media sosial mengenai seorang lelaki warga emas yang uzur terpaksa dibawa masuk ke sebuah bank semata-mata untuk memperbaharui kad pengeluaran wang automatik (ATM) miliknya.


Menurut anak kepada warga emas berkenaan, dia kesal kerana menerima layanan buruk daripada pegawai bank yang bertugas.

"Kau menyusahkan satu orang tua yang tak boleh jalan. Kau bayangkan kalau orang tua tak ada keluarga macam aku, tak ada anak macam mana dia nak tukar kad untuk keluarkan duit?


"Betul-betul dahsyat. Aku ini pun nasib baik ada orang tolong," luahnya menerusi beberapa siri video yang dimuat naiknya di laman sosial.


Menurutnya, dia terlebih dahulu menghubungi pusat khidmat pelanggan bagi memaklumkan mengenai situasi yang dihadapi bapanya yang tidak boleh berjalan akibat strok dan bertanyakan tentang bagaimana cara untuk bapanya membuat pertukaran kad yang baharu.


Menerusi panggilan ke bahagian khidmat pelanggan, wanita diberitahu supaya membawa bapanya ke premis, dan pegawai bank akan keluar untuk berurusan dengan pelanggan.

bapa uzur ke bank 4

Seorang wanita bersama bapanya dan seorang ahli keluarga terpaksa menunggu di dalam kereta.


Dia kemudian menghubungi cawangan bank terdekat menerusi nombor telefon yang diberikan pusat khidmat pelanggan.


"Saya dah call branch tu, dia kata boleh. Datang saja, ayah tak payah keluar kereta. Kita akan uruskan penukaran kad," kata wanita itu mengimbas kembali perbualan berkenaan.


Bagaimanapun dakwa wanita berkenaan, perkara sebaliknya berlaku apabila seorang pegawai wanita berkeras supaya bapanya dibawa masuk ke dalam bank untuk berurusan.


"Dah sampai (luar) bank, tak boleh ye. (Bapa) kena masuk bank," katanya lagi.


Kau bayangkan kalau orang tua tak ada keluarga macam aku, tak ada anak macam mana dia nak tukar kad untuk keluarkan duit?

ANAK


Susulan itu, wanita tersebut berkata dia terpaksa mendapatkan bantuan orang lain untuk mengangkat bapanya dari dalam kereta supaya dibawa masuk ke dalam bank tersebut.


"Sekarang saya dah bawa masuk bapa saya dalam bank. Dua jam datang sini tunggu dalam kereta macam orang b*d*h tau.


"Ini (callcentre Kuala Lumpur cakap lain, sini cakap lain. Macam mana prosedur ni? Menyusahkan orang tua," katanya.

bapa uzur ke bank 3

Wanita itu mendapatkan bantuan untuk membawa masuk bapanya ke dalam bank.


Menerusi video berasingan, berlaku sedikit kekecohan di dalam bank tersebut apabila wanita itu dan seorang individu lagi mempersoalkan layanan buruk yang diterima mereka.


Dalam pada itu, kata wanita berkenaan lagi dia tidak berdepan masalah sama ketika berurusan dengan sebuah bank lain bagi tujuan sama.


"Pegawai bank tu datang rumah saya bawa (mesin) biometrik untuk ambil cap jari bapa saya. Selebihnya diuruskan di bank," tambahnya.


Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan situasi yang terpaksa dilalui warga emas berkenaan.


"Dulu waktu saya bersalin, staf bank datang kat kereta. Ni strok tau tak. Sakit tu nak angkat sebarangan," kata seorang netizen mengenai perkhidmatan daripada bank yang lain.


"Memang pegawai bank boleh pergi kat kereta. Memang ada prosedur pegawai dan pengurus keluar jumpa customer apabila customer kurang mampu daripada segi kesihatan," komen yang lain.


"Kadang-kadang permudahkanlah pada orang yang kurang upaya. Janganlah sampai nak angkat katil hospital, macam dah tak ada teknologi," ujar lain dengan nada kesal.

Post a Comment for "Warga emas sakit strok ‘diheret’ masuk bank, pegawai bertugas tak mahu keluar! 2 jam kena ‘sidai’ nak tukar kad ATM"