Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ini Kata2 Padu Annuar Musa Selepas Nama Dia Disebut Dipecat Dari UMNO

Ini Kata2 Padu Annuar Musa Selepas Nama Dia Disebut Dipecat Dari UMNO



KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa antara pemimpin UMNO yang dipercayai dipecat dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam tadi.


Menurut sumber, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


“Pemimpin UMNO Bahagian yang dipecat ialah Ketua UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.


“Ketua Wanita UMNO Arau dan Ketua Wanita UMNO Maran juga dipecat,” kata sumber yang tidak mahu dinamakan itu.


Ketua Wanita UMNO Arau ialah Datin Seri Shamsiah Yasin yang juga isteri kepada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.


Manakala Ketua Wanita UMNO Maran, Datin Seri Fatimah Kassim merupakan isteri kepada Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.


Semalam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mengesahkan pemecatan tiga individu dalam parti itu.


Namun beliau tidak menamakan mereka yang terlibat.
Katanya, mereka dipecat kerana mencemuh parti dan kempen bagi pihak lawan.


Ketiga-tiga mereka turut didakwa mendedahkan hasil mesyuarat MKT kepada pihak luar parti.


Untuk rekod, Annuar pernah dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) pada Januari lalu. – MalaysiaGazette


Berikut kata2 Anuar Musa di Facebook beliau


Malam Jumaat,saya bermimpi.Rumah Pusaka saya diami terbakar.Saya syak ada main switch dah short circuit atau wayarnya terputus.


Ramai penghuni rumah sudah lari meninggalkan rumah yg terbakar,atau dibakar,Wallahuaklam


Saya sayang rumah itu.Saya cuba memadam kebakaran supaya jangan lebih ramai penghuninya lari.


Ketika api masih marak,dan ramai yg terus lari meninggalkan rumah,tiba tiba saya ditarik keluar dari api yg membakar..


Kini saya hanya mampu melihat kebakaran dari luar.


Walaupun saya amat sayang rumah itu,saya hanya mampu berdoa..”ya Allah kpd Mu aku berserah dan kepadamu jua aku meminta pertolongan.Kau selamatkanlah “rumah” yg sedang terbakar itu..Amiin ya Rabb”..

Post a Comment for "Ini Kata2 Padu Annuar Musa Selepas Nama Dia Disebut Dipecat Dari UMNO"