Ku ikhlas terima dirimu seadanya..
Ku ikhlas terima dirimu seadanya..
Benar apa dikata, cinta hanya bersandarkan paras rupa tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga tetapi sikap peribadi seseorang yang menjadi keutamaan.
Malah, masih ada insan yang menerima pasangannya tanpa memandang paras rupa semata-mata.
Pengantin perempuan dilihat sangat bahagia di hari perkahwinannya bersama suami. Sebelum ini turut tular apabila wajahnya disolek dan terserlah kecantikannya yang dipuji ramai.
Difahamkan, wajahnya mengalami kecacatan kekal sehingga bahagian mata akibat terkena enjin bot semasa sekolah menengah dulu, namun suaminya tetap menerimanya seadanya.
Rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah serta memuji suaminya yang menerima isterinya seadanya dan mendoakan rumah tangga mereka kekal bahagia.
Post a Comment for "Ku ikhlas terima dirimu seadanya.."