PM Anwar Ibrahim ucap takziah kepada keluarga Muhyiddin Yassin atas pemergian orang tersayang
PM Anwar Ibrahim ucap takziah kepada keluarga Muhyiddin Yassin atas pemergian orang tersayang
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga atas pemergian abangnya, Tan Sri Abdul Aziz Yasin.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menyampaikan salam takziah itu menerusi hantaran di laman Instagram sebentar tadi.
Terdahulu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri memaklumkan mengenai berita sedih pemergian abangnya, Tan Sri Abdul Aziz Yassin dalam hantaran di laman Facebook miliknya.
"Saya dan keluarga berasa sungguh dukacita dengan pemergian kakanda Tan Sri Abdul Aziz Yasin hari ini.
“Saya kehilangan seorang abang yang banyak membantu kehidupan di zaman muda dan sentiasa memberi sokongan kepada saya selama ini,”tulisnya.
Difahamkan, abang kepada Muhyiddin Yassin meninggal dunia pada jam 10.30 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Allahyarham yang juga bekas Ahli Parlimen Muar menghembuskan nafas terakhir pada usia 90 tahun akibat sakit tua.
Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..
Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..
Post a Comment for "PM Anwar Ibrahim ucap takziah kepada keluarga Muhyiddin Yassin atas pemergian orang tersayang"