Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SUAMI LAFAZKAN CERAI KERANA ISTERI SIBUK MENJAGA ANAK HIDAP KANSER DI WAD. KINI SANG ANAK TELAH MENINGGAL DUNIA JAM 4.40 PETANG TADI

SUAMI LAFAZKAN CERAI KERANA ISTERI SIBUK MENJAGA ANAK HIDAP KANSER DI WAD. KINI SANG ANAK TELAH MENINGGAL DUNIA JAM 4.40 PETANG TADI 

Kita tak tahu kisah rumahtangga pasangan ini. Namun jika benarlah kerana isteri menjaga anak di wad dijadikan alasan untuk diceraikan, Min harap tak ada lelaki lain punya perangai macam ini juga. Ikuti catatan Puan Zuraini Kamal pengasas bagi NGO Cancer Survivors Malaysia. 

 ISTERI DICERAIKAN SUAMI:
Anak Kanser Leukimia
"Kak .. suami saya dah jatuhkan talak. Sebab marahkan saya tinggalkan rumah lama"
Si Ibu terpaksa menemani anak kecil yang tiba-tiba Sakit dan ditahan di wad Hospital hampir 2 minggu. 
Suami di rumah melafazkan talak.
Tiada siapa menduga, Sel Kanser si anak kembali berulang, menyerang tubuh tanpa diduga.
Anak yang sihat, tiba-tiba jatuh sakit, demam berpanjangan.
"anak saya  kecik lagi, berusia 3 tahun, menghidap Leukimia"
Sedih 😭😪 Heartbroken melihat susuk tubuh si ibu yang sangat kurus.
Katanya dah hilang hampir 15kg semenjak anak sakit.
Kak aji  bukanlah nak masuk campur urusan rumahtangga orang. 
Saya sekadar menjadi 'A shoulder to Cry On'
Saya sekadar mendengar luahan hati si Ibu.
Melihat cucuran airmata seorang Isteri yang menjadi mangsa 'keganasan rumahtangga'.
Sedih melihat nasib seorang isteri, yang sanggup Bersabar dengan kerenah suami demi anak-anak yang masih kecil.
Tiba-tiba  Suami boleh mesej dan Bertanya "masih sayangkan Rumahtangga?
(selepas dia melafazkan talak untuk sekian kalinya).
Menurut si isteri dah 3 kali sebenaqnya, tapi bila didaftar kes, Hakim kata Cerai Talak 2)
Kak aji sampaikan sedikit duit Tunai. Buat bekalan si ibu untuk berbelanja.

UPDATE: INNALILAHI WAINNA ILAIHI ROJIUN. Anaknya, Ahmad Danial telah menghembuskan nafas terakhir pada 12/12/ 2022 jam 4.40 petang. Moga syurga buatmu, anak. 

#mingguanwanita

Post a Comment for "SUAMI LAFAZKAN CERAI KERANA ISTERI SIBUK MENJAGA ANAK HIDAP KANSER DI WAD. KINI SANG ANAK TELAH MENINGGAL DUNIA JAM 4.40 PETANG TADI "