Allahuakbar! Ibu Syamsul Dah Terucap Laknat Pada Anaknya, Hal Buruk Terjadi Kepada Syamsul Dan Ira
Allahuakbar! Ibu Syamsul Dah Terucap Laknat Pada Anaknya, Hal Buruk Terjadi Kepada Syamsul Dan Ira
Ibu mereka ditinggalkan kerana perempuan itu’ Terbaharu, ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail menerusi satu hantaran di IG Story meluahkan rasa tidak puas hati dengan kemunculan orang ketiga dalam rumah tangga anak lelakinya bersama menantu kesayangannya itu.
Menerusi hantaran tersebut, Datin Fatimah berkongsi gambar dua orang cucunya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah kapsyen padu yang ditulis olehnya.
Ayah mereka telah dirampas oleh perempuan yang kejam. Ibu mereka ditinggalkan kerana perempuan itu. Laknatlah hidup mereka.
Terdahulu, Datin Fatimah memaklumkan dia tidak merestui dan reda dengan perkahwinan kedua Syamsul Yusof bersama Ira Kazar. Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.
Adik kepada sutradara Syamsul Yusof iaitu Syafiq Yusof, 31, mendedahkan yang dia masih lagi belum bertemu dengan isteri abangnya itu, Ira Kazar. Syafiq menjelaskan, dia juga tidak pasti jika ibu dan bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail telah bertemu dengan Ira atau belum.
“Saya tak ada junnpa dia (Ira Kazar) dan saya juga tidak pasti pula dengan ibu dan ayah. Sebenarnya kalau boleh, hal yang melibatkan keluarga ini saya rasa biar kekal sebagai hal peribadi keluarga.
“Bagaimanapun saya faham, kami datang daripada keluarga seni jadi kami terpaksa terima bila jadi perhatian. “Tapi, apa pun, sesiapa boleh fikir dan tahu yang tak semua perkara dalam Internet itu benar. Ada yang bercampur, dan ada juga kebanyakannya mungkin fitnah,” katanya.
Syafiq ditemui selepas majlis pelancaran dan prebiu drama bersiri arahannya, Special Force Anarchy terbitan Disney Hotstar dan Skop Productions, di ibu kota sebentar tadi.
Dalam masa sama, Syafiq memberitahu yang dia tidak mencampuri urusan rumah tangga abangnya memandangkan mereka tidak duduk serumah dan jarang berjumpa.
“Kali terakhir kami jumpa adalah pada hari raya tahun lepas sebab musing-musing sibuk. Tapi, kami banyak bual tentang filem dan projek baharu.
“Bercakap di telefon pula sekitar dua bulan lalu tetapi sama ada berkaitan hal kerja atau peribadi, biarlah tidak saya dedahkan,” katanya.
Jumaat lalu, Syamsul mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dirinya telah berkahwin dengan Ira Kazar berwalikan Kazar Saisi sendiri di Thailand.
Pergolakan rumah tangga Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah terus menjadi topik bicara sepanjang minggu lalu hingga sekarang.
Sumber : ohbulan
Post a Comment for "Allahuakbar! Ibu Syamsul Dah Terucap Laknat Pada Anaknya, Hal Buruk Terjadi Kepada Syamsul Dan Ira"