Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Di Hari Yang Barakah, Jumaat Yang Mulia, Sang Pelakon Serba Boleh Telah Meninggal Dunia

Di Hari Yang Barakah, Jumaat Yang Mulia, Sang Pelakon Serba Boleh Telah Meninggal Dunia


Pelakon veteran berbakat besar, Abu Bakar Omar telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Alor Setar, Kedah. Berita sedih terbabit dikongsikan oleh pelawak dan penyampai radio, Sharifah Shahirah menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.


“Hari yang barakah, Jumaat yang mulia. Takziah buat keluarga Allahyarham,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meningg4l dunia pada usia 73 tahun, Abu Bakar Omar membintangi banyak watak s3rius dan karakter air mata. Dilahirkan di Titi Gajah, Alor Setar pada 25 April 1948, Abu Bakar Omar pernah meraih trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk Anugerah Skrin 1999 menerusi telefilem Mata Hati dan Pelakon Lelaki Terbaik untuk Anugerah Skrin 2012 menerusi telefilem Gincu Ayah.


Sumber:xtra.com

Post a Comment for "Di Hari Yang Barakah, Jumaat Yang Mulia, Sang Pelakon Serba Boleh Telah Meninggal Dunia"