Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Syukur Alhamdulillah, Selepas Dinasihati Ustaz Ahmad Dusuki, Syamsul Dan Sarah Akhirnya Batal Bercerai

Syukur Alhamdulillah, Selepas Dinasihati Ustaz Ahmad Dusuki, Syamsul Dan Sarah Akhirnya Batal Bercerai


Pelakon Puteri Sarah tampil membalas kenyataan yang ditulis pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki di media sosialnya pada Sabtu berhubung isu pergolakan rumah tangganya bersama Syamsul Yusof yang sedang meledak ketika ini. 

Cadang Puteri Sarah agar Ustaz Ahmad Dusuki berhubung dengan Syamsul dan menasihati suaminya itu untuk memperbetulkan segala punca masalah yang tercetus. 

"Saya suggest ustaz berjumpa dengan Mohd Shamsul (Syamsul Yusof) dan nasihat dia supaya minta maaf dan jadi suami yang bertanggungjawab sebab masalah itu datang dari dia.

"Orang keliling dia semua tak taulah nasihat benda yang betul ke tidak sampaikan jadi macam ni. "Why not ustaz call ata DM Mohd Shamsul. 

Sebab cakap mama dan papa dia pun dia tak dengar. Mane tau ustaz boleh bantukan," tulisnya pada ruangan komen akaun Instagram Ustaz Ahmad Dusuki. 

Terdahulu, Ustaz Ahmad Dusuki memberikan pandangan tentang ketegangan hubungan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof dengan memuatnaik paparan skrin hasrat pelakon wanita itu untuk bercerai. 

"Rahmat Allah itu terlalu luas, jalan damai itu pun terbuka luas selagi nyawa tidak sampai di halkum, usah mengalah dalam membina kekeluargaan. 

"Binalah kekeluargaan mukmin dengan kelapangan bukan dengan kesempitan, usah biarkan gangguan syaitan menganggu perasaan, jadilah kekeluargaan Rasulullah sebagai panduan dan ikutan. 

"Memilih jalan sempit akan memberi kejayaan kepada syaitan yang sering menganggu kekeluargaan mukmin yang baik. Usah diikuti perasaan dan kemahuan syaitan yang inginkan kekeluargaan mukmin hancur berantakkan. 

"Ikutlah jalan kehidupan kekeluargaan Rasulullah sebagai panduan. Noktahkan perasaan itu dengan berserah kepada Allah yg maha Penyayang. Kita masih ada ALLAH," tulisnya. 

Bagaimanapun, perkongsian Ustaz Ahmad Dusuki itu mendapat pelbagai respon daripada warganet yang menyokong cadangan Puteri Sarah untuk menegur Syamsul terlebih dahulu. 

"Apa kata ustaz nasihat dan sekolahkan Sol (Syamsul) tu dulu. Dia imam keluarga, dia tonggak keluarga. Dia patut membimbing keluarga ke arah yang baik tapi dia yang meninggalkan dan mengabaikan keluarga dia. Jangan berat sebelah, apa-apa menyalahkan perempuan.

 "Ustaz kalau si suami tu tak ikut sunnah Rasulullah, tolong jangan psycho si isteri untuk kekalkan hubungan. Dia dah sakit jiwa raga dah. Wanita, si isteri patut disantuni. Bukannya dilanyak dengan suami dayus.

 "Itulah ujian, hanya bercakap tak semudah yang kita sendiri tanggung keadaan itu," demikian coret beberapa pengguna lain. 

Terdahulu, pada 6 Januari lalu, Syamsul, 38, menggemparkan peminat apabila membuat pengakuan melalui video dirinya sudah bernikah dengan aktres, Ira Kazar di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.

 Berikutan itu, Patimah antara individu yang tidak terkecuali meluahkan perasaan kecewa dan menganggap Sarah sebagai seorang wanita teraniaya disebabkan kemelut rumah tangga anaknya itu. 

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu. 

Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga 'trending' di Twitter. 

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.

Post a Comment for "Syukur Alhamdulillah, Selepas Dinasihati Ustaz Ahmad Dusuki, Syamsul Dan Sarah Akhirnya Batal Bercerai"