Wanita Menangis 2 Abang ‘Buang’ Ayah Strok Ke Rumahnya, Tinggal Tanpa Beritahu
Wanita Menangis 2 Abang ‘Buang’ Ayah Strok Ke Rumahnya, Tinggal Tanpa Beritahu
Bagai kacang lupakan kulit, mungkin itulah peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi dihadapi seorang wanita dengan akaun TikTok Ceqta Anita ini. Semalam, dia memuat naik video sebak tatkala abang-abangnya sendiri mengabaikan ayah mereka yang difahamkan mempunyai masalah strok.
Kami 4 beradik…3 lelaki & seorang perempuan
Pada petang 1 Ramadan lepas, pintu rumahnya tiba-tiba diketuk oleh seorang pengawal keselamatan yang datang membawa khabar sedih. Si ayah rupanya sudah terbiar di tingkah bawah selama lebih kurang 1 jam dipercayai ditinggalkan oleh 2 orang abangnya. Ceqta amat kesal kerana mereka langsung tidak maklumkan sebarang perkara.
Mentang-mentang ayah tak boleh jalan, pakai lampin, korang buang ayah macam ni je?
Apa jua kemelut yang sedang dihadapi mereka sekeluarga, anak perempuan tunggal ini menyifatkan abangnya tidak sepatutnya berbuat sebegitu kerana ada baiknya berbincang elok-elok jika mahu menghantar ayah mereka ke sana. Tidak kisah jika silaturahimnya dan adik beradik lain terputus, Ceqta lebih luluh hati melihat lelaki tua itu seakan ‘dibuang’ oleh anak sendiri.
Aku mohon pada anak yang masih ada mak ayah, hargailah…Jangan menyesal bila mereka tiada
Saat turun ke bawah, Ceqta terus menangis setelah melihat ayahnya terduduk di kerusi lusuh ditemani sebuah beg baju. Daripada kisahnya sendiri, dia berharap orang di luar sana mengambil pengajaran khususnya aspek menghargai jasa kedua-dua orang tua kita.
Kredit : TikTok Ceqta Anita
Post a Comment for "Wanita Menangis 2 Abang ‘Buang’ Ayah Strok Ke Rumahnya, Tinggal Tanpa Beritahu"