Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

“Allahuakbar! Saya tak tinggalkan awak syg..” Rakaman suami meraung lihat lstri dalam kereta

“Allahuakbar! Saya tak tinggalkan awak syg..” Rakaman suami meraung lihat lstri dalam kereta



KULAI: “Allah! Allahuakbar! Saya tidak tinggal awak, yang. Allah, Itu bini saya bang. Allah.. Allah… Allah!”


RAKAMAN VIDEO MENYAYAT HATI ADA DI BAWAH SEKALI


Jeritan menyayat hati itu datangnya daripada seorang lelaki yang terbabit dalam nahas ngeri di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini, memaklumkan isterinya berada dalam kenderaan yang terbakar.



Turut disahkan meninggal dunia ialah seorang mangsa yang menaiki Toyota Vios tetapi belum dikenal pasti identitinya.


“Kita menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.47 malam dan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba mendapati kebakaran membabitkan sebuah lori jenis Isuzu, Proton Wira dan Toyota Vios.


“Lori berkenaan terbakar 70 peratus, Proton Wira dan Toyota Vios hangus 90 peratus. Sebuah kereta Proton Preve yang turut terbabit dalam kemalangan tidak terbakar.


“Seorang mangsa wanita di tempat duduk penumpang Proton Wira ditemui tersepit dan rentung manakala pemandu kereta sempat keluar menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan, malam ini.


Beliau berkata, dua mangsa yang menaiki lori Isuzu dikenali sebagai S Suresh, 38, dan Mok You Jian, 22, serta pemandu Proton Preve, Bunayami Yahya, 43, tidak cedera.


Mohd Fauzi berkata, operasi memadam kebakaran masih dilakukan setakat tengah malam ini oleh 18 anggota dari BBP Renggam, Kulai dan Ayer Hitam.


Luahan sebak dari rakan kenalan arwah :

Mohon sedekahkan Al fatihah buat sahabat saya Nurul Nazihah Binti Kamalul Arifin Nurul Nazihah yang baru sahaja kembali ke rahmatullah akibat kemalangan di Highway Sedenak malam tadi.


Arwah baru sahaja balik dari umrah seminggu yang lepas. Sebelum arwah pergi ke umrah, arwah ada whatsapp kami semua minta doa dipermudahkan urusan disana dan sekiranya ada nak sampaikan doa kat sana.


Sebelum dapat tahu arwah meninggal, baru je beberapa jam sebelum tu tengok status arwah di whatsapp, arwah ada update status kat story minta dipermudahkan urusan teman suaminya pergi appoinment dengan client untuk urusan medical card & hibah, dan arwah juga ada selitkan ayat “Cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baik pelindung dan sebaik baiknya penolong kami”.


Terlalu sebak melihat video suami arwah meraung. Allah

Salam takziah untuk keluarga Azie dan semoga Keluarga Azie dan Suami Azie tabah dan dipermudahkan segala urusan.

Tenanglah disana wahai sabahatku Azie.

Tonton Video:

 

Sumber BH

Post a Comment for "“Allahuakbar! Saya tak tinggalkan awak syg..” Rakaman suami meraung lihat lstri dalam kereta"