Bapa menetap di US kongsi silibus grade 1 di USA, level tadika jer. Di Malaysia macam exam nak jadi PTD. Isu silibus mata pelajaran yang dilihat tidak sesuai dengan usia kanak-kanak terutama di tahap satu masih banyak diperdebatkan oleh ibu bapa.


Ramai mak-mak mengeluh meski pun punya degree mahupun master namun untuk memberi penerangan kepada anak adalah perkara paling sukar hingga ada merasakan mahu membakar scroll mereka miliki.


Isu ini bertambah panas dengan tindakan yang bakal berlaku terhadap guru cemerlang, Cikgu Mohd Fadli yang mengejutkan lena di pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai isu silibus terlalu tinggi, tak sesuai dengan usia selain beg berat, kelas terlalu ramai dan lain-lain lagi.


Isu ini menarik perhatian Saif Suhairi yang kini bermastautin di Amerika Syarikat mengenai silibus bagi tahun 1 di mana tahapnya sama macam budak tadika berusia empat tahun di Malaysia.


Ternyata, Malaysia lebih “terkehadapan” dalam silibus pendidikan, barangkali mengikut standard Pegawai Tinggi Diplomatik kerana pada usia 7 tahun, pelajar perlu belajar sifir enam. Barangkali penggubal dan penulis buku teks sekolah ini mahu menjadikan anak-anak ini golongan korporat pada usia tujuh tahun.

Bapa ini menetap di USA


Inilah silibus gred 1 di USA, macam level tadika di Malaysia saja sebab nak bagi kanak-kanak seronok ke sekolah
 
Kita punya level standart tinggi macam budak darjah satu nak ambil exam jadi pegawai PTD

Baca perkongsiannya mengenai BEZA silibus di US dan Malaysia, ada pro dan kontranya.


Silibus Grade 1 USA mcm level Tadika Malaysia.

Grade 1 umur 6-7 tahun (sini ikut tarikh lahir & academic year starts September-June)
Aku tunjuk perbezaan untuk orang kita menilai mana baik mana buruk. Apa USA buat untuk atasi masalah budak sekolah :-


1. Silibus: Kiri silibus negara kita yang aku pinjam dari fb cikgu Mohd Fadhli Salleh. Darjah 1 dah kena hafal sifir 6. Anak aku 1st grade USA baru trace number macam budak 4 tahun tadika. Bagus ke tidak? Macam slow sangat pula kan. Yang ni aku atas pagar.


Agak-agak la grade 1 tracing numbers dan letters je. Grade 3 hujung tahun baru nak masuk darab. Slow sangat. Tapi sekolah sini start middle school & high school tiba-tiba dia akan pecut. Mungkin sini dia bagi budak sekolah rendah banyak main dan suka sekolah dulu kot
Tapi kalau ada budak advanced, dia ada program untuk carter level anak tu . Ada mechanism dia untuk handle budak yang lain lain level.


2. Bag sekolah berat :- Tiada buku untuk bawa balik rumah. Tinggal dalam meja. Bawa balik laptop Dell (seorang dapat satu), file kerja rumah atau kerja hari ini. Biasanya kerja kelas buat atas kertas je macam gambar ni. Mostly tinggal kat sekolah kecuali ada certain cikgu bagi bawa balik untuk tunjuk progress kat parents.


3. Bilangan murid. Standard dalam kelas ada 20. aling banyak 25. Dan tiap kelas mesti ada seorang cikgu dan seorang pembantu mengajar. Cikgu focus mengajar dan ada yang membantu bagi budak faham, bagi kertas, minta budak behave etc. Boleh la tenang sikit cikgu dan dapat fokus dekat perkembangan budak budak.


Apa apa pun, sebagai orang malaysia walaupun duduk di luar, aku rasa sampai masa Malaysia once and for all pilih satu cara paling berkesan dan stick to it. Ni setiap kali tukar government/PM/menteri , tukar balik policy . Tak rasa itu bagus untuk pendidikan generasi kita . Yang penting , orang yang berfikiran kritis, wajib kita dokong bukan pangkah .