Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

"Innalillahiwainnailaihiraji'un, Jam 10.45 Tadi Beliau Telah Tiada.." - Dato' Siti Nurhaliza 😭

"Innalillahiwainnailaihiraji'un, Jam 10.45 Tadi Beliau Telah Tiada.." - Dato' Siti Nurhaliza 😭

Berita mengejutkan telah diterima tengahari tadi. Jam 10.45 pagi tadi, bapa kepada penyanyi nombor satu negara Dato’ Siti Nurhaliza, Allahyarham Tarudin Ismail, 67 tahun telah meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Ampang disebabkan sakit komplikasi jantung dan sakit buah pinggang. 

Disebabkan oleh komplikasi jantung, buah pinggang dan ada kencing manis. Telah dimasukkan ke hospital 3 hari lalu untuk pembedahan jantung.

“Pembedahan bypass jantung itu memang berisiko tinggi tetapi ayah sendiri yang mahukan pembedahan itu.


Walaupun semua anak-anaknya tidak sanggup menurunkan tandatangan, abah tetap rela dibedah.


Apapun kami sekeluarga menerima ini sebagai ketentuan takdir,”


3281161223 517E14A759 | 4

Sekarang ini, keluarga Siti sedang berbincang anak beranak untuk ambil keputusan untuk urusan pengkebumian. Sebelum dimasukkan ke bilik pembedahan, tiga hari lepas semua anak ada di sisi kecuali dua orang anak beliau.


Pesanan kepada isteri dan anak serta famili terdekat diucapkan satu persatu termasuklah kepada Siti Nurhaliza yang ketika itu sedang menangis teresak-esak.


“Abah meninggal dunia dengan tenang dan seolah-olah tahu dia akan pergi buat selama-lamanya.


Dia juga sempat berkata, ibu (Salmah) akan kehilangan seorang sahabat dan Ayie tidak ada kawan lagi untuk memancing ikan.


Selain itu, dia turut berpesan kepada Siti (Nurhaliza) agar janganlah menangis,”– Rozi


Tambah Rozi, sebelum memasuki bilik pembedahan, arwah yang juga bekas polis sempat menitipkan kata-kata terakhir buat anak dan isterinya.


“Tiga hari lepas sebelum masuk bilik pembedahan Siti sudah menangis, namun arwah memujuk Siti supaya jangan menangis sebab katanya ‘abah bukan nak mati lagi’.


Selepas itu arwah pegang pula tangan isterinya dan kata ‘lepas ini mak dah tak ada kawan,”– Rozi


Malah jelasnya arwah Tarudin sempat bergurau dengan suaminya, Saiful Bahari atau lebih dikenali sebagai Ayie.


Rozi berkata bagaimanapun semasa arwah dibawa masuk ke bilik pembedahan, semua ahli keluarga sudah redha dengan apa yang akan berlaku.


Arwah cakap pada suami saya, ‘abang Ayie, nanti abang dah tak ada kawan untuk pergi memancing’ sebab mereka selalu pergi memancing berdua,” katanya.


Doktor juga dah minta kami supaya bersedia jika apa-apa berlaku. Jadi sewaktu arwah meninggal, isteri dan semua anak-anak ada bersama dengannya,”– Rozi


Ketika ditemui di kediamannya di Bukit Antarabangsa, petang tadi Siti kelihatan terlalu hiba dan sayu dengan pemergian ayahnya kerana sikap Allahyarham sendiri yang sentiasa ceria, bersemangat dan berfikiran positif hinggalah ke saat-saat akhir sebelum beliau dibedah.


“Siti dan semua adik beradik sempat bertemu abah buat kali yang terakhir sebelum abah dibedah di Hospital Ampang Puteri, Jumaat malam lalu. Walaupun abah sakit, dia masih sempat berjenaka dan berbual seperti biasa dengan Siti.


Dia berpesan supaya Siti jangan banyak sangat menangis. Siti tak sangka rupanya abah hendak pergi buat selama-lamanya.


Siti redha dengan pemergian abah walaupun Siti telah kehilangan seorang abah yang tiada gantinya di dunia ini.


Sekurang-kurangnya abah telah melihat kejayaan Siti dari mula hingga ke saat ini,” kata Siti.


Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa juga kelihatan sibuk mengendalikan segala persiapan bagi menyempurnakan jenazah.


Turut kelihatan adik beradik Siti yang lain termasuk Ayie, Saidah, Saerah dan Ali. Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob turut hadir memberikan penghormatan yang terakhir selain rakan artis seperti Datuk Shah Rezza, Erma Fatima, Noniswara dan produser filem Zaiton Mohd Jiwa yang juga kakak ipar Siti.


Jenazah Allahyarham kemudian dibawa pulang dengan sebuah ambulans ke Kampung Tempoyang di Kuala Lipis, Pahang untuk dikebumikan


Ditanya tentang keadaan Siti ketika ini, Rozi berkata adik iparnya itu sememangnya cukup sedih dengan pemergian ayah tercinta.


“Dari pagi tadi dia memang gagal menahan emosi apatah lagi Siti memang rapat dengan arwah.


Tapi ketika ini Siti tetap bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain untuk bantu uruskan jenazah,”– Rozi


Jenazah akan disembahyangkan di rumah suami Siti, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa. Jenazah akan dikebumikan di ke Kampung Tempoyang di Kuala Lipis, Pahang.


Salam takziah buat semua keluarga Dato’ Siti Nurhaliza dari kami di Sensasi Selebriti. Alfatihah.


Budiey: Kali terakhir bertemu dengan bapa Dato’ Siti Siti Nurhaliza ketika Budiey menghadiri majlis pelancaran album Lentera Timur. Ketika itu, tidak nampak pun tanda-tanda allahyarham sakit kerana wajahnya sentiasa ceria dengan senyuman.


Budiey: Kali terakhir bertemu dengan bapa Dato’ Siti Nurhaliza ketika Budiey menghadiri majlis pelancaran album Lentera Timur. Ketika itu, tidak nampak pun tanda-tanda allahyarham sakit kerana wajahnya sentiasa ceria dengan senyuman.


Mmm… teringat kepada arwah ayah yang dah 20 tahun meninggalkan Budiey. Namun, kasih sayang ayah tetap berada kekal bersarang dalam hati.

Post a Comment for ""Innalillahiwainnailaihiraji'un, Jam 10.45 Tadi Beliau Telah Tiada.." - Dato' Siti Nurhaliza 😭"