Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

NORREEN IMAN TAMPIL DENGAN BAJU NAMPAK PUSAT TERIMA TEGURAN

NORREEN IMAN TAMPIL DENGAN BAJU NAMPAK PUSAT TERIMA TEGURAN

Personaliti media sosial dan pelakon, Norreen Iman kini semakin meningkat naik apabila wajahnya sering dilihat di kaca televisyen menerusi drama-drama.
Baru-baru ini, perkongsian Norreen menerusi laman Instagram miliknya telah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya memakai baju hitam namun menampakkan bahagian pusatnya.
Menerusi hantaran itu, Norreen turut menulis kapsyen bertanyakan kepada suaminya Razzi Razak mengenai kecomelannya. 
"Hi @razzirazak, comel tak bini you? #norreenbuathal," tulisnya.
Perkongsian Norreen itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk rakan artis. Selain memuji kecomelan pelakon itu, ada juga segelintir memuji keberanian dan tahap keyakinan Norreen berpakaian sedemikian.
Tidak kurang juga ada yang mengecam Norreen serta memberikan teguran mengenai cara pemakaiannya itu. Malah, ada netizen yang meluahkan rasa kasihan pada suami pelakon itu serta mendoakan agar Norreen diberikan hidayah. 

Post a Comment for "NORREEN IMAN TAMPIL DENGAN BAJU NAMPAK PUSAT TERIMA TEGURAN"